Like Us on FB

WHOLESALE

BAGAIMANA CARANYA?

Sebelum menjelaskan cara untuk pembelian borong, kami ingin memberi penjelasan tentang
KOD barangan di blog ini untuk memudahkan anda memahami dengan lebih terperinci. Setiap jenis aksesori telah dikategorikan menggunakan kod yang tertentu. Misalnya kod bagi Pin Brooch Ulat Bulu ialah PUB. Ini bermakna setiap barangan yang bermula dengan kod PUB adalah aksesori yang sama kod dan jenisnya. Begitulah seterusnya...

Pembelian 3 set/pcs ke atas akan mendapat harga diskaun. Walau bagaimanapun, minimum pembelian borong bermula daripada 25 set/pcs. Anda tidak dimestikan membeli aksesori di bawah kod yang sama tetapi anda boleh campur mana-mana aksesori di bawah kod berlainan yang anda suka
(berdasarkan terma dan syarat).

Contoh:
Jika anda ingin membeli 25 set/pcs aksesori, anda boleh memilih aksesori yang terdiri daripada pin brooch, gelang dan rantai di bawah mana-mana kod yang anda suka, dan anda layak mendapat harga borong bagi pembelian 25 set/pcs bagi setiap jenis barangan tersebut.


SYARAT-SYARAT

Sepertimana dinyatakan di atas, anda boleh mencampur mana-mana aksesori pilihan anda bagi pembelian secara borong dan bagi pembelian 3 set/pcs ke atas. Walau bagaimanapun, kami telah menetapkan syarat-syarat percampuran barang seperti berikut:

3 - 10 set/pcs:
Boleh campur sebarang kod aksesori yang anda suka (tiada had).

 25 - 50 set/pcs:
Boleh campur tidak lebih 5 kod aksesori yang anda suka.


100 set/pcs ke atas:
Boleh campur tidak lebih 10 kod aksesori yang anda suka.

Sebarang kemusykilan sila hubungi kami.TQ

Copyright © 2009-2017 MENTARI DIAZ - Malaysia Online Handmade Jewelry Store - All Rights Reserved